Lease this WebApp and get rid of the ads.
Upi
Bagaimana nak buat karangan?
Thu Jul 7, 2005 01:18
218.111.184.105 (XFF: 192.168.18.94)

Bagaimana nak buat karangan?
1. Kenali format
Anda perlu mengenal pasti karangan yang berformat atau tidak berformat. Itu penting. Contohnya jika anda ingin menulis surat rasmi/surat tidak rasmi, anda perlu mengetahui format tertentu. Jika anda ingin menulis cerpen, tiada format khusus.

2. Cari idea
Idea adalah salah satu masalah utama dalam menulis karangan. Tanpa idea, karangan anda boleh jadi sangat pendek. Jadi apa yang selalunya disarankan ialah bina peta minda.

Contohnya jika tajuk karangan "Faedah Membaca Buku", fikirkan apakah faedah-faedah yang wujud. Tulis di atas kertas conteng

Misalnya

Faedah
- tambah pengetahuan
- mengisi masa lapang
- membuka minda

3. Kembangkan idea
Jika anda terus menulis, pasti karangan anda akan tamat hanya dalam satu perenggan. Sebelum itu, kembangkan idea.
Bagaimana?

Contohnya isi utama - mengisi masa lapang
Tulis sahaja apa yang terlintas di minda
-- masa lapang terisi, tak dapat tengok kartun, baca apabila bosan, suka baca Harry Potter, kalau hujan boleh baca buku....
Tulis apa-apa pun tak apa asalkan ada sub idea.
Selepas itu barulah pilih huraian yang berguna sahaja

Maka bolehlah tulis
:- Salah satu faedah membaca ialah untuk mengisi masa lapang. Kebanyakan remaja masa kini lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen atau bermain permainan komputer sedangkan salah satu aktiviti yang boleh dijalankan ialah membaca buku, majalah ilmiah ataupun mengulangkaji pelajaran yang tentunya lebih berfaedah.

4. Tambah ayat yang menarik.
Ini ayat tadi
Salah satu faedah membaca ialah untuk mengisi masa lapang. Kebanyakan remaja masa kini lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen atau bermain permainan komputer sedangkan salah satu aktiviti yang boleh dijalankan ialah membaca buku, majalah ilmiah ataupun mengulangkaji pelajaran yang tentunya lebih berfaedah.

Tambahan

Jika dilihat di negara barat, kebanyakan orang di sana sentiasa membawa buku ke mana sahaja mereka pergi untuk dijadikan santapan minda. Biasanya ketika mereka sedang menunggu kenderaan awam untuk tiba, mereka akan menyelak helaian demi helaian supaya masa tidak terbuang begitu sahaja.[Salah satu faedah membaca ialah untuk mengisi masa lapang. Kebanyakan remaja masa kini lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen atau bermain permainan komputer sedangkan salah satu aktiviti yang boleh dijalankan ialah membaca buku, majalah ilmiah ataupun mengulangkaji pelajaran yang tentunya lebih berfaedah.]


5. Semak tatabahasa
Perhatian : Kemungkinan wujud kesilapan tatabahasa dalam contoh yang saya beri

------------

Itu sahaja yang dapat saya kongsi.


Upi


P/S: Kebanyakan orang kurang idea kerana jarang-jarang membaca. Bacalah majalah yang ilmiah atau surat khabar untuk menambah pengetahuan.

P/S: Kebanyakan majalah hiburan dalam Bahasa Malaysia masa kini adalah salah satu penyumbang utama terhadap kerosakan penggunaan bahasa kita. Jangan sokong membeli majalah sebegini. Kalau nak baca juga, pinjam je...

Lease this WebApp and get rid of the ads.
  • tolong ajak aku bmnurul, Tue Jul 5 22:26
    asekom macam mana nak buat karangan..??
    • Bagaimana nak buat karangan? — Upi, Thu Jul 7 01:18
      • Re: Bagaimana nak buat karangan?Anonymous, Tue Jan 8 04:26
        MAJALAH ILMIRAH ITU MACAM MANA EK???
        • kamu gle2 ke niorg sabah, Thu Sep 19 22:32
          hari ini,sya mengumumkan bhwa smua sub chapter kluar ni tahun sekian, terima kasih hahahahahah....kamu kena prank!!!!!!
      • rencanayashini, Sat Mar 3 22:07
        hari ini,pula telefon bimbit yang menjadikan alat komunikasi itu semakin popular dan ringkas.namun begitu,kemudahan ini disalahgunakan seperti yang berlaku dalam kalangan murid.la akn mengganggu... more
      • macam mana nak buat karangan (nm)Larissa Holly Fabian, Sun Jan 9 04:53
Click here to receive daily updates